fbpx

[VIDEO] Penggali kubur cedera khemah terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan khemah tersebut yang ditiup angin puting beliung.

PETALING JAYA – Kemalangan tidak berbau itulah yang boleh digambarkan dalam satu kejadian menimpa seorang penggali kubur baru-baru ini.

Satu video yang tular di media sosial hari ini memaparkan sebuah khemah untuk berteduh diterbangkan angin puting beliung atau angin pusar sehingga berpusing.

Video tersebut yang dikongsi oleh yusof_nasir dalam laman Instagram itu menyebut;

“Assalamualaikum kejadian ini telah melibatkan adik saya, dia cuma penggali kubur di kawasan ini dan menjalankan tugas sahaja segala ape yang terjadi pada arwah dan kejadian ini hanyalah rahsia Allah, hanya Allah yang maha mengetahui. Adik saya mengalami patah tulang pinggul, rusuk dan tangan mohon doa kawan-kawan dan sahabat handai untuk kesembuhan adik saya terima kasih,”

Sehingga pukul 11 malam, klip video berdurasi 19 saat itu sempat ditonton oleh 26,660 orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI