fbpx

Ferrari tidak pilih kasih, beri hak sama rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ menandatangani kontrak bersama Ferrari selepas pasukan itu membuat keputusan menyingkirkan Vettel. –AFP

LONDON – Ketua pasukan Ferrari, Mattia Binotto mengesahkan status pelumba No. 1 untuk musim depan masih belum diputuskan tetapi kemungkinan besar tugas itu akan digalas secara bersama oleh dua pemandu mereka, Charles Leclerc dan Carlos Sainz Jr.

Sebagai rekod, pelumba No. 1 Ferrari sebelum ini telah digalas oleh juara dunia empat kali, Sebastian Vettel sehingga kontrak­nya berakhir apabila tamatnya saingan musim ini.

Susulan itu, Ferrari telah membuat keputusan untuk menandatangani Sainz yang sebelum ini mewakili pasukan McLa­ren untuk digandingkan bersama Leclerc yang sudah mewakili pa­sukan itu sejak musim 2018.

Kata Binotto, kontrak yang ditawarkan buat Sainz tidak me­nyatakan sebarang klausa bahawa dia hadir dalam pasukan ini dengan status pelumba No. 1 walaupun lebih senior dan berpe­ngalaman dalam kancah Formula Satu (F1) berbanding Leclerc.

“Secara jujur, pasukan akan memberikan hak sama rata kepada Sainz dan Leclerc khususnya daripada aspek jentera. Sainz turut diingatkan bahawa kehadirannya bersama pasukan Ferrari bukanlah untuk menjadi pelumba No. 1.

“Justeru, saya mahu kedua-dua pelumba ini bekerjasama dalam usaha membantu pasukan meraih mata maksimum sekali gus mengembalikan era kegemilangan pasukan ini pada saingan musim depan.

“Apa yang pasti, saya yakin kedua-dua pelumba ini akan memberikan persaingan sihat sekali gus membuktikan bahawa tiada isu dalaman akan timbul dalam pasukan Ferrari nanti,” katanya.

Pada saingan F1 musim ini, pasukan Ferrari yang berpangkalan di Maranello, Itali hanya mampu menamatkan saingan kategori pengeluar di kedudukan keenam keseluruhan selepas hanya mengutip 131 mata daripada 17 perlumbaan Grand Prix (GP). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI