fbpx

Rancang guna i-Sinar sebaiknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
FIRDAUS HASSAN
PENOLONG PENGARANG BERITA

Membantu anda bertahan ketika krisis Covid-19’.

Demikian paparan di laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya kita membuat carian i-Sinar di enjin carian Google.

Itu merupakan matlamat asal kerajaan memperkenalkan kemudahan skim i-Sinar, iaitu pengeluaran wang caruman daripada Akaun 1 KWSP.

Skim itu dijangka mampu memberikan manfaat kepada lapan juta pencarum yang layak.

Bermula Isnin lalu kaunter-kaunter KWSP di seluruh negara mula diserbu pencarum.

Akhbar ini melalui laporan muka depannya kelmarin memaparkan situasi sesak di beberapa cawangan pengurus dana persaraan tersebut.

Rata-rata pemohon yang ditemui sudah memiliki perancangan tertentu untuk menggunakan wang berkenaan bagi kelangsungan hidup.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan serba mencabar akibat pandemik Covid-19.

Ramai yang terjejas pendapatan menyifatkan kemudahan dan ‘bantuan’ ini seperti cahaya di hujung terowong.

Mereka sudah mempunyai perancangan antaranya mahu menggunakan sebagai modal untuk berniaga. Tidak kurang ada yang mahu mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.

Ini sebahagian kisah golongan yang tidak mudah berputus asa dalam menghadapi dugaan.

Sebagai pemohon, orang ramai perlu bijak membelanjakan wang ini. Dahulukan apa yang penting, elakkan penggunaan dana tersebut dalam pelaburan yang berisiko.

Sentiasa berwaspada dengan aktiviti seperti skim-skim pelaburan berunsur penipuan. Skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa singkat sehingga mengakibatkan pelabur berputih mata di kemudian hari.

Seperti yang semua sedia maklum, saban hari ada sahaja laporan di media berhubung kes-kes penipuan melibatkan scammers. Penjenayah ini ‘tidak pernah tidur’ untuk memperdaya orang ramai.

Perlu diingat wang i-Sinar ini adalah merupakan simpanan hari tua. Jangan disebabkan kerakusan mendapat ‘wang mudah’ duit pun lesap, masa depan pun tergadai.

Pembayaran awal kepada pencarum yang layak bakal diterima bermula pada pertengahan Januari 2021.

Malah, dalam tempoh seminggu lagi kita bakal memasuki tahun baharu 2021. Dalam situasi pandemik Covid-19 yang belum berpenghujung ini kita perlu bijak merancang perbelanjaan.

Penulis mendoakan agar keadaan ini akan bertambah baik, lebih-lebih lagi Malaysia bakal mendapat vaksin Covid-19 Februari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI