fbpx

Masjid Albukhary buka galeri masjid pertama di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Pengarah JHEAIK, Md. Noor Ismail (dua dari kiri) melihat replika model asal Masjid Albukhary yang turut dipamerkan di Galeri Albukhary yang dibuka secara rasmi hari ini.

ALOR SETAR – Masjid Albukhary, salah sebuah masjid terindah di negara ini kini memiliki galeri masjid pertama di Kedah yang mempamerkan bukan sahaja tentang sejarah dan seni binanya, malah agenda dakwah kepada pengunjung.

Galeri Masjid Albukhary yang dibuka secara rasmi hari ini mempunyai tiga sudut utama iaitu seni bina, sejarah dan maklumat masjid tersebut selain replika asal masjid yang berusia 20 tahun.

Menurut Imam Masjid Albukhary, Mohmad Nasrudin Ismail, kewujudan galeri itu berawal daripada pengisytiharan masjid berkenaan sebagai Masjid Pelancong di Kedah selain Masjid Zahir yang juga terletak di Alor Setar.

“Pengisytiharan tersebut dibuat pada Persidangan Imam-imam Kebangsaan di Terengganu penghujung tahun lepas dan selepas jawatan kuasa masjid memulakan gerakan mencari bahan-bahan untuk dimuatkan dalam galeri.

“Antaranya kami melawat galeri masjid di Shah Alam, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kami juga mencari maklumat tentang imam-imam awal masjid ini,” katanya pada Majlis Perasmian Galeri Masjid Albukhary di Alor Malai di sini hari ini.

Menurut Mohmad Nasrudin, galeri tersebut kini dibuka atas permintaan pengunjung sahaja memandangkan situasi Covid-19. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI