fbpx

Piala AFC jadi KPI Nafuzi bersama TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI perlu memastikan TFC mampu layak ke saingan Piala AFC yang merupakan KPI diletakkan oleh pengurusan pasukan.

TERENGGANU FC Sdn. Bhd. (TFC) menjadikan saingan Piala AFC sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) buat ketua jurulatih, Mohd. Nafuzi Zain.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh berkata, sasaran itu juga diletakkan kepada pengurusan syarikat itu bagi musim-musim akan datang.

“Buat masa ini, persiapan masih di peringkat awal tetapi sudah tentu sasaran kita mahu menjuarai semua kejohanan domestik.

“Keutamaan kita adalah untuk TFC kekal dalam saingan Piala AFC. Mahu tidak mahu, dua tempat teratas Liga Super atau juara Piala FA perlu ada dalam genggaman.

“Itu KPI jurulatih dan pihak pengurusan. Sekurang-kurangnya pencapaian mesti lebih baik daripada musim ini. Jika tidak, kita dianggap gagal,” katanya kepada Kosmo! di Kuala­ Terengganu.

Di sebalik cabaran itu Ab. Rasid optimis TFC di bawah kendalian Nafuzi mampu memberi saingan selepas kehadiran tujuh muka baharu berkualiti.

Ujarnya, adunan pemain muda, berpengalaman dan tonggak import yang bakal tiba diyakini mampu memberi impak positif kepada skuad ­Penyu.

“Hampir semua pemain yang kita tandatangani memiliki minit permainan terba­nyak dalam Liga Super seperti Azarul Nazarith (Azhar) dan Faisal (Halim).

“Begitu juga Nik Akif Syahiran (Nik Mat), Shahrul Nizam (Ros Hasni) serta Hakimi (Abdullah) yang beraksi dalam 11 aksi Liga Perdana bersama Kelantan,” katanya.

Ab. Rasid berkata, beliau berkeyakinan tinggi barisan pemain yang dimiliki termasuk import yang bakal diperkenal tidak lama lagi sesuai dengan falsafah bola sepak TFC, sekali gus mampu menggalas cabaran musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI