fbpx

Ode Halal.Asia ditubuh hasil kerjasama daripada lapan buah syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Izhar menyempurnakan majlis prapelancaran aplikasi Ode Jee dan MoU Konsortium Ode Halal.Asia di Iskandar Puteri semalam.

ISKANDAR PUTERI – Ode Jee, pengendali aplikasi penghantar makanan halal, telah menjalin usaha sama dengan lapan buah syarikat daripada pelbagai industri untuk membentuk sebuah konsortium yang dikenali sebagai Ode Halal.Asia.

Lapan syarikat berkenaan adalah Mars Global Sdn. Bhd. (Mars Global), Holistic Labs Sdn. Bhd., JT Lab Sdn. Bhd., AR Mechatronics Plt. Ltd, IM Digital Sdn. Bhd., Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), OSB Global Resources Sdn. Bhd. dan JME Resources Sdn. Bhd. (JME).

Pengerusi Ode Jee, Datuk Seri Ismail Alwasi Khan berkata, konsortium tersebut akan be­kerjasama dalam pembangunan produk dan aplikasi, menganjurkan kursus dan melahirkan lebih ramai usahawan baharu menceburi industri halal.

“Konsortium ini juga berpe­ranan meneroka pelbagai pe­luang baharu, bukan sahaja di peringkat negeri Johor dan Malaysia, malah di rantau Asia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis prapelancaran aplikasi Ode Jee dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Konsortium Ode Halal.Asia di sini semalam.

Majlis bersejarah itu telah disempurnakan oleh Pengeru­si Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Ne­geri Johor, Datuk Mohd. Izhar Ahmad.

Selain itu, Ode Jee turut menjalin kerjasama dengan syarikat Mars Global, Presma, OSB dan JME dalam pelbagai bidang termasuk pembekalan produk, pe­ngukuhan vendor dan penghantar makanan.

Menurut Ismail, Ode Jee yakin semua kerjasama tersebut mampu membuka dan memberi pe­luang perniagaan serta pekerjaan baharu, khususnya untuk rakyat Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI