fbpx

Sorok arak, rokok bernilai RM91,000 dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki tempatan yang ditahan kerana memiliki arak dan rokok seludup bernilai lebih RM91,000 di Ulu Tiram, Johor Bahru petang semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas antara dua lelaki tempatan yang ditahan polis kerana memiliki barangan kontraban iaitu rokok dan arak seludup yang disimpan di dua premis berlainan di Kampung Baru Ban Foo, Ulu Tiram di sini petang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, kedua-dua suspek yang ditahan dalam serbuan pada pukul 4 petang itu berusia 41 dan 68 tahun.

“Hasil pemeriksaan dijalankan di kedua-dua premis berkenaan menemukan 120 karton arak dan 327 karton rokok pelbagai jenama dipercayai diseludup.

“Anggaran produk kontraban berkenaan bernilai lebih daripada RM91,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk tindakan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

“Sehubungan itu, kami turut menyeru kerjasama orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang
lambakan barangan kontraban di pasaran,” ujarnya lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI