fbpx

Nantikan kemunculan saya yang baharu – Syed Iqmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUNCULAN pendakwah selebriti Syed Iqmal dalam akaun Tik Toknya dua hari lalu membuatkan peminat teruja melihat dia kembali aktif dalam industri.

PETALING JAYA – Selepas bebas daripada tahanan reman selama 18 hari, pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful membuat kemunculan terkini dalam media sosial miliknya dengan mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang diberikan.

Syed Iqmal, 25, menerusi akaun Tik Toknya dua hari lalu memuat naik sebuah video kompilasi gambar-gambarnya yang dihasilkan seorang peminat.

Menerusi video tersebut, pendakwah muda itu berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakannya.

“Bismillah. Terima kasih kerana menyokong dan sentiasa mendoakan saya. Nantikan kemunculan saya yang baharu!

“Tidak mampu saya nak ‘repost’ (muat naik semula) satu persatu. Terima kasih. Masya-Allah,” tulisnya.

Perkongsian berkenaan ditonton lebih 760,000 kali selain menerima lebih 6,000 komen daripada peminat yang teruja melihat dia kembali aktif dalam media sosial.

Rata-rata peminat Syed Iqmal menyatakan sokongan terhadapnya selain mendoakan dia dipermudahkan segala urusan.

Terdahulu, Syed Iqmal yang berdepan tiga dakwaan termasuk merogol dilepaskan selepas diikat jamin bernilai RM35,000 pada 15 Disember lalu.

Syed Iqmal ditahan pada 27 November lalu selepas seorang wanita membuat laporan polis didakwa dirogol pendakwah itu.

Selepas itu, muncul tujuh lagi laporan polis daripada tujuh mangsa yang turut tampil membuat laporan sama termasuklah guru dan pelajar kolej.

Selepas 13 hari direman iaitu pada 10 Disember lalu, bekas peserta program Da’i musim keempat itu kemudian didakwa atas dua tuduhan iaitu persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya, manakala dakwaan merogol seorang wanita di Mahkamah Shah Alam. – K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI