fbpx

[VIDEO] Kamal Adli lamar Uqasha Senrose di pentas AME2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Kamal Adli membuat kejutan dengan melamar Uqasha Senrose di pentas AME2020 yang bersiaran secara langsung sebentar tadi.

PUTRAJAYA – Pelakon Kamal Adli membuat kejutan apabila melamar Uqasha Senrose secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung di sini sebentar tadi.

“Uqasha Senrose, sudikah kalau awak menjadi isteri saya,” tanya Kamal sambil menunjukkan sebentuk cincin berlian.

Lamaran tersebut diterima Uqasha dengan memberi jawapan ya sambil disambut sorakan hadirin yang berada di situ.

Terdahulu, hubungan cinta pasangan tersebut mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.

Sebelum ini, pelakon Hairul Azreen turut pernah melakukan perkara sama apabila melamar cinta hatinya, Hanis Zalikha ketika pentas akhir konsert Gegar Vaganza pada 2015. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI