fbpx

ABK20 bakal berlangsung secara virtual online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB GHANI

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terus komited untuk mengadakan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 20 secara online pada 30 Disember ini sebagai acara penutup kalendar bagi Liga Malaysia (Liga M) 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, konsep ABK20 diadakan secara virtual selaras saranan pihak kerajaan yang menggalakkan penjarakan sosial atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19 ini.

Lebih menarik, Ab. Ghani mengesahkan, peminat bola sepak tempatan turut diberikan peluang mengundi bersama-sama panel profesional terdiri daripada 24 ketua jurulatih, 24 kapten dan 24 wakil media.

“Umum mengetahui perjalanan kalendar Liga M tahun ini tidak berjalan sebaiknya terutama penyokong tidak dibenarkan ke stadium ketika saingan disebabkan pandemik Covid-19.

“Jadi, MFL tidak mahu elemen penyokong diketepikan dan bagi ABK20 virtual ini, mereka diberikan peranan untuk mengundi pemain kesaya­ngan mereka.

“Ini adalah pertama kali kita menyaksikan penyokong diberikan kuasa untuk mengundi dan saya percaya, keputusan ini adalah terbaik bagi acara penutup kalendar Liga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebagai rekod, bintang sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid telah diiktiraf sebagai penerima Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pada ABK tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI