fbpx

Wanita pandu kereta mainan di jalan raya ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup menunjukkan kereta mainan dipandu Li di sebatang jalan raya. - WEIBO

BEIJING – Seorang wanita ditahan polis gara-gara memandu sebuah kereta mainan yang lengkap dengan lampu berwarna-warni di sebatang jalan raya di bandar Quanzhou, China baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Polis dalam satu kenyatan berkata, wanita yang dikenali sebagai Li itu mendakwa terpaksa bertindak sedemikian berikutan ingin menjimatkan masa ketika menghantar mainan tersebut ke sebuah taman rekreasi berhampiran.

Wanita bergelar ‘makcik’ itu merupakan pekerja di sebuah kedai permainan yang menyediakan perkhidmatan sewaan kereta mainan di taman rekreasi sekitar bandar berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, pada hari kejadian Isnin lalu, Li diarahakn oleh majikannya untuk menghantar kereta mainan berwarna merah jambu berkenaan dari kedai ke taman rekreasi.

Li yang sepatutnya perlu berjalan kaki dan menolak kereta mainan berkenaan, bertindak memandunya di atas jalan raya menuju ke taman rekreasi terbabit.

Bagaimanapun, pemanduan Li terhenti di tengah jalan apabila seorang anggota polis trafik yang bertugas di situ menyedari kereta dipandu wanita itu sebelum bertindak menahannya.

Tambah kenyataan itu, sejurus ditahan, Li diberikan amaran berikutan tindakannya yang cuai sebelum merampas kereta mainan berkenaan.

Sebuah rakaman televisyen litar tertutup yang diedarkan polis mendapati sebuah kereta mainan berwarna merah jambu dengan lampu berkelip-kelip melalui sebatang jalan sebelum membelok ke sebuah persimpangan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI