fbpx

Daki 8,000 anak tangga lawat kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buah kuil ini dipercayai wujud sejak zaman Dinasti Ming yang berusia lebih 500 tahun lalu. – Instagram/leonidov_architects

BEIJING – Pengunjung perlu memijak 8,000 anak tangga untuk berkunjung ke kuil yang terletak di banjaran Wuling, dalam wilayah Guizhoum di selatan China, lapor portal berita Oddity Central, kelmarin.

Puncak Gunung Fanjing yang menyajikan pemandangan antara paling indah di dunia itu turut menempatkan Kuil Buddha dan Kuil Maitreya yang dibina di atas puncak dua bongkah batu yang terpisah.

Kuil Buddha yang terletak di bahagian selatan dihubungkan dengan Kuil Maitreya di bahagian utara menggunakan jambatan lengkung, menghadap pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan.

Dibina di atas puncak menara gunung yang dikenali sebagai Red Clouds Golden Peak, dua kuil Buddha kecil itu berusia lebih 500 tahun, dipercayai dibina sejak dari zaman Dinasti Ming.

Persoalan tentang bagaimana penganut Buddha berjaya mengangkut bahan binaan melalui laluan batu yang tidak stabil tanpa bantuan teknologi moden kekal menjadi misteri.

Bagaimanapun, kompleks kuil yang dapat dilihat pada hari ini telah dibina semula mengikut penampilan asalnya cuma dikukuhkan dengan menggunakan bahan yang lebih kuat seperti jubin besi bagi menahan rintangan angin kuat dan persekitaran puncak gunung yang berbahaya.

Kuil Buddha itu didedikasikan buat Sakyamuni atau Gautama Buddha yang mewakili masa kini dan Kuil Maitreya didedikasikan untuk Maitreya atau pengganti Buddha yang akan turun ke dunia bagi meneruskan ajaran Gautama di masa hadapan menurut kepercayaan agama tersebut.

Seluruh Gunung Fanjing adalah gunung suci dalam agama Buddha dan dianggap sebagai tempat kebangkitan Buddha Maitreya.

Kini, Gunung Fanjing me­nempatkan sekitar 50 kuil Buddha, tidak termasuk kedua-dua kuil yang terletak di puncak Red Clouds Golden Peak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI