fbpx
KONFLIK rumah tangga Nadia Brian dan suaminya, Muizz Nasruddin sedang berantakan ketika ini.

Adik Nadia Brian selar Muizz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Susulan pendedahan suami Nadia Brian, Muizz Nasruddin mengenai sikap isterinya, adik kepada aktres itu tampil mempertahankan kakaknya.

Gadis yang dikenali dengan nama Lydia itu menerusi hantaran Instagramnya, beranggapan abang iparnya seperti mempunyai masalah mental apabila dilihat pandai berlakon bagi meraih simpati netizen.

“Check your mental health la Mr. M. (Periksa kesihatan mental kamu la Mr. M (Muizz). Gila nak buka aib orang. Dengar sini, sejak kahwin dahulu pun kau tidak bekerja, gila nak harta apa.

“Semua cukup? Kelakar. Maid (orang gaji) pun bukan kau yang bayar. Ingat tu!,” tulisnya dalam Instagram Story miliknya.

STATUS instaStory adik pelakon Nadia Brian, Lydia Brian yang menyelar Muizz kerana didakwa mengeluarkan kenyataan tidak benar.

Pada masa sama, Lydia turut menyelar tindakan Muizz mendedahkan konflik yang terjadi kepada umum sekali gus membuatkan kerier dan kehidupan kakaknya terganggu.

Lydia turut menasihati netizen untuk tidak melemparkan tuduhan yang tidak berasas selain tidak mencampuri urusan keluarga mereka.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga Nadia dan Muizz hangat diperkatakan sejak Oktober lalu. Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz mendedahkan Nadia curang terhadapnya bersama dua lelaki lain.

Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019 dan belum dikurniakan cahaya mata. – K! ONLINE

POPULAR