fbpx

Pasukan simpanan bukan pelengkap jadual Liga Premier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN TFC II tetap mahu memberikan saingan terbaik kepada pasukan-pasukan lain dan bukan sekadar skuad pelengkap jadual saingan Liga Premier. – FACEBOOK TFC II

KETUA jurulatih Terengganu FC (TFC) II musim depan, Badrul Afzan Razali menafikan dakwaan bahawa pasukan simpanan pada saingan Liga Premier hanya sekadar pelengkap jadual.

Beberapa pihak menyuarakan rasa tidak puas hati apabila menyifatkan kehadiran lima pasukan simpanan menyebabkan Liga Premier kurang kompetitif.

Kata Badrul, meskipun pasukan simpanan tidak layak me­rebut slot ke Liga Super, namun mereka tetap mahu memberikan saingan terbaik.

“Rata-rata pemain yang berada dalam pasukan simpanan berumur 25 tahun ke bawah, jadi kami boleh nilai kemampuan mereka bagi dinaikkan pangkat.

“Walaupun beraksi sebagai pasukan simpanan, namun kami mahu catat kemenangan. Sai­ngan Liga Premier masih sengit walaupun dibarisi oleh pasukan-pasukan simpanan,” katanya.

Tambah beliau, kehadiran pasukan-pasukan simpanan tidak membuatkan Liga Premier hilang seri memandangkan TFC II masih mampu muncul sebagai naib juara biarpun tidak layak ke Liga Super.

Sementara itu, pengendali Perak II, Abu Bakar Fadzim juga senada dengan Badrul apabila menegaskan, barisan pemainnya sentiasa berjuang habis-habisan dalam setiap perlawanan.

“Saya tahu pasukan-pasukan lain bersaing untuk merebut slot ke Liga Super, namun pasukan simpanan seperti kami juga ada misi tersendiri, bukan sekadar melengkapkan jadual.

“Ada pihak meramalkan sai­ngan menjadi hambar dengan kehadiran pasukan simpanan, namun ingin saya tegaskan, usaha kami bukanlah sekadar melepaskan batuk di tangga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI