fbpx

Agong perkenan darurat di Parlimen Gerik, DUN Bugaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat untuk membatalkan tarikh yang ditetapkan untuk Pilihan Raya Parlimen Gerik, Perak dan Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perisytiharan itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu Ordinan Darurat dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150.

“Adalah dimaklumkan bahawa saya telah menyembah maklum akan nasihat Jemaah Menteri kepada Seri Paduka Baginda supaya mengisytiharkan darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.054) Gerik, Perak dan Bahagian Pilihan Raya Negeri (N.66) Bugaya, Sabah.

“Seri Paduka Baginda telah berkenan untuk mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua PRK tersebut berpuas hati bahawa adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo pada 19 November lalu melaporkan Seri Paduka Baginda memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat untuk membatalkan tarikh yang ditetapkan untuk PRK Batu Sapi, Sabah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI