fbpx

Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah rasuah cap pasport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baliyan (kiri) mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan termasuk empat pertuduhan pilihan rasuah cop pasport bernilai RM7,120. FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas lapan pertuduhan termasuk empat pertuduhan pilihan berhubung rasuah keseluruhan RM7,120 dalam perakuan cap pasport keluar dan masuk warga asing di antara 2018 dan 2019.

Tertuduh, Baliyan Mohd. Bhanudin, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut empat pertuduhan asal, bapa kepada tiga orang anak itu sebagai pegawai migresen Gred 19 yang bertugas di Jabatan Imigresen, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Darul Takzim telah memperoleh wang daripada dua individu masing-masing berusia 29 dan 44 tahun dengan nilai keseluruhan RM7,120 tanpa sebarang balasan.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan bagi setiap pertuduhan itu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi empat pertuduhan pilihan pula, Baliyan didakwa telah diberikan suapan dengan jumlah keseluruhan sama daripada dua individu sama bagi mendapatkan perakuan cap keluar dan masuk pada pasport warga asing tanpa perlu keluar dari Malaysia.

Justeru, dia telah melanggar peruntukkan Seskyen 2(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 untuk mengalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam serta gagal melaporkan kesalahan penyogokan kepada SPRM.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 25 (2) Akta SPRM.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Jalan Singa C 20/C, Seksyen 20 di sini secara berperingkat pada September 2018 hingga Jun 2019.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fadhli Ab. Wahab menawarkan jaminan RM80,000 bersama seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan yang disifatkan munasabah kerana pertuduhan serius selain tertuduh sebagai pegawai imigresn mengetahui selok belok masuk dan keluar negara serta berisiko untuk melarikan.

“Syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah, perlu melaporkan diri setiap minggu pertama setiap bulan dan tidak menganggu saksi pendakwaan,” katanya.

Baliyan yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kerana perlu menanggung isteri dan tiga anak selain ibu yang mempunyai penyakit kencing manis.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM50,000 bagi kesemua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan pendakwaan.

Tarikh sebutan semula kes 18 Januari 2020.

Pada 16 November lalu, SPRM telah menjalankan satu operasi khas dengan kerjasama Jabatan Imigresen yang berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI