fbpx

Siapa juara GV7?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAM final GV7 akan menyaksikan persaingan sengit antara Linda, Muss, Ashira, Oja, Cliff Omar, Noraniza Idris dan Ayu Damit.

SELEPAS 10 minggu bersiaran, akhirnya Gegar Vaganza musim ketujuh bakal mengakhiri siarannya malam ini.

Teka-teki siapa yang bakal merangkul gelaran juara juga bakal terjawab pada pentas akhir nanti.

Malam ini bakal menyaksikan pertarungan sengit tujuh ‘penjuru’ antara Linda Nanuwil, Noraniza Idris, Muss, Ashira, Oja, Ayu Damit dan Cliff Umar.

Tidak dinafikan kesemuanya merupakan penyanyi dan pemilik vokal handalan.

Ramai yang menjangkakan Linda dan Muss. Diva juga sukar nak ramal siapa yang akan menang besar malam in.

Namun, ramai juga netizen menyifatkan final GV tahun ini sedikit hambar dan tidak semeriah musim terdahulu.

Bahkan, terdapat juga yang menyifatkan GV7 sebagai musim paling membosankan.

Macam-macamlah, ada yang kata finalis tidak layak, juri berat sebelah, persembahan bosan dan pengacara mulut puaka. Entahlah!

DIVA: Ramai yang tanya, lama lagi ke Fazura dan Fattah Amin nak sorok wajah anak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI