fbpx

Covid-19: Puspakom Johor Bahru ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pejabat Puspakom Johor Bahru di sini ditutup sementara bermula hari ini selepas seorang petugasnya disahkan positif Covid-19.

Puspakom dalam satu kenyataan memberitahu, petugas berkenaan sedang menjalani rawatan lanjut dan telah dikuarantin di sebuah hospital kerajaan.

“Proses mengesan kontak rapat pesakit juga telah dilakukan manakala semua petugas lain di cawangan berkenaan juga akan menjalani ujian saringan.

“Individu yang dikenalpasti mempunyai hubungan secara langsung dengan pesakit juga telah diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, penutupan operasi cawangan itu turut melibatkan Perkhidmatan Van dan Trak Bergerak (MVS & MTS) bagi membolehkan proses sanitasi dan pembersihan dilaksanakan secara menyeluruh.

Susulan penutupan itu, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan secara walk-in di cawangan Puspakom lain di negeri ini sebagai langkah alternatif.

“Pemeriksaan kenderaan persendirian boleh dilakukan di Puspakom Senai dan Taman Daya, manakala bagi kenderaan ringan boleh dibuat di Puspakom Senai dan Kluang.

“Sementara itu, bagi pemeriksaan kenderaan berat boleh dibuat di Puspakom Pasir Gudang dan Puspakom Kluang,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI