fbpx

Unta ditahan seludup lebih 1 tan kanabis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan beberapa unta ditangkap bersama sejumlah bungkusan dadah jenis kanabis di Maghribi. – Twitter/DGSN

RABAT – Polis Maghribi kelmarin mengumumkan rampasan 1,025 kilogram kanabis yang dibawa oleh sekawan unta tanpa pengawasan manusia di kawasan selatan negara Afrika Utara itu.

Seorang suspek ditahan selepas 10 ekor unta di wilayah Errachidia ditemui membawa dadah jenis kanabis, kata Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan, DGSN di Twitter.

Menurut laporan tempatan, dadah haram itu ditempatkan di dalam 41 beg yang diikat pada kawanan unta berkenaan dekat bandar Zagora.

Suspek berumur 31 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut. Agensi itu giat menjalankan operasi bagi membanteras aktiviti dadah di Maghribi.

Kelmarin, DGSN turut me­ngumumkan rampasan hampir 2 tan resin kanabis dalam satu operasi dekat Laayoune, Sahara Barat.

Dadah itu ditemui di dalam sebuah trak sejuk beku yang membawa bersama dua bot pelampung dan empat enjin bot untuk tujuan penyeludupan. Seramai empat suspek ditahan berhubung kes itu. – AFP/Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI