fbpx
SOLSKJAER semakin berdepan tekanan tinggi untuk menyelamatkan masa depannya di United selepas pengurusan kelab dikatakan cuba menghubungi Conte bagi menggantikannya. – AFP

Masa terbaik Solskjaer tebus maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Masa depan pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dikatakan bakal berakhir sekiranya gagal menewaskan musuh setempat, Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford awal pagi esok.

Peminat-peminat tegar pasukan itu tentunya enggan merana sekali lagi melihat maruah kelab kesayangan mereka diaibkan buat kali kedua berturut-turut.

Ia gara-gara kegagalan pengendali berusia 47 tahun itu memastikan The Red Devils mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara musim ini.

Bekas penyerang England, Paul Merson percaya hanya kemenangan ke atas City di laman sendiri mampu menyelamatkan karier pengendali dari Norway itu daripada dipecat pihak ­pengurusan United selepas ini.

“Adakah kedudukan Zinedine Zidane selamat jika Real Madrid gagal ke peringkat kalah mati? Sudah tentu tidak.

“Inilah masa terbaik buat Ole (Solskjaer) dan pemain-pemainnya bangkit daripada kekecewaan. Saya tidak yakin beliau akan terus mendapat kepercayaan kalau United kalah lagi.

“Anda perlu ingat United adalah sebuah kelab besar yang berprestij. Kemenangan ke atas City mungkin boleh mampu mengubati kekecewaan mereka,” katanya.

Terdapat laporan di England mengatakan bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino dilaporkan telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Eksekutif United, Ed Woodward baru-baru ini.

Sebagai rekod, United kini menduduki tangga keenam EPL dengan 19 mata, cuma satu mata mengatasi City yang berada pada kedudukan ketujuh selepas 10 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN