fbpx
NEYMAR (tengah) mempamerkan kelasnya yang tersendiri apabila meledak hatrik membantu PSG membelasah Basaksehir 5-1 pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam. – AFP

Sikap Neymar wajar mendapat pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel berbangga dengan sikap Neymar yang tidak mementingkan diri dalam kemenangan 5-1 ke atas Istanbul Basaksehir pada aksi Liga Juara-Juara di Parc des Princes awal pagi semalam.

Neymar berpeluang mele­dak hatrik dalam babak perta­ma tetapi bintang Brazil itu menolak untuk mengambil sepakan penalti, sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada Kylian Mbappe pada minit ke-42.

Penyerang prolifik berusia 28 tahun itu akhirnya berjaya juga meraih hatriknya dalam aksi tersebut apabila menjaringkan gol ketiga peribadi pada minit ke-50.

“Neymar boleh meledak hatrik dengan mengambil sepakan pe­nalti tetapi dia memberikan peluang kepada Mbappe untuk menamatkan kemarau jaringannya dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini.

“Neymar seorang yang berhati besar kerana sentiasa memikirkan rakan-rakannya terlebih da­hulu berbanding kepuasan sen­diri. Sepakan penalti itu telah me­ningkatkan keyakinan Mbappe,” kata Tuchel.

Bukan itu sahaja, Mbappe yang turut menjaringkan dua gol dalam aksi itu, muncul pemain termuda mengumpul 20 jaringan peribadi dalam kempen Liga Juara-Juara sekali gus memecahkan rekod dipegang Lionel Messi.

Selain PSG, turut mara ke peringkat kalah mati daripada Kumpulan H ialah jaguh Jerman, RB Leipzig selepas menewaskan Manchester United 3-2 dalam satu lagi perlawanan kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN