fbpx

Perdagangan Borong dan Runcit catat RM110.5 bilion Oktober lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan nilai Jualan Perdagangan Borong dan Runcit telah merekodkan RM110.5 bilion pada Oktober lalu yang mencatatkan pertumbuhan -0.8 peratus tahun ke tahun.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh Perdagangan Runcit yang menguncup sebanyak 1.5 peratus atau RM0.7 bilion kepada RM44.2 bilion berbanding Oktober 2019.

“Perdagangan Borong turut susut sebanyak RM0.5 bilion atau -0.9 peratus untuk mencatatkan RM53.4 bilion,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Uzir berkata, nilai jualan bulan ke bulan turun sebanyak -0.5 peratus pada Oktober lalu berbanding September berikutan peningkatan semula kes Covid-19 yang menyebabkan pelaksanaan semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selain PKP Diperketatkan di beberapa kawasan sasaran.

Beliau berkata, bagi Perdagangan Runcit merekodkan pertumbuhan negatif 1.5 peratus disebabkan oleh jualan produk bukan keperluan iaitu jualan runcit di kedai pengkhususan dengan -7.4 peratus, jualan runcit barangan isi rumah (-4.0 peratus), jualan runcit barangan kesenian dan rekreasi (-4.6 peratus) dan jualan runcit kelengkapan informasi dan komunikasi (-1.9 peratus). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI