fbpx

Jakim perlu pupuk kesedaran membaca umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) lebih proaktif membentuk kesedaran membaca dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menurutnya, Bahagian Penerbitan Jakim juga perlu pantas bergerak seiring dengan perubahan masa.

“Buku-buku yang diterbitkan oleh Jakim perlu berperanan sebagai solusi kepada permasalahan ummah dan pada masa sama menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.

“Insya-Allah, tahun hadapan adalah tahun perubahan,” katanya menerusi laman sosialnya hari ini.

Zulkifli berkata, kajian dilakukan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan rakyat Malaysia membaca 15 judul buku setahun.

Selain itu, beliau berkata, purata jumlah masa membaca bagi lima negara tertinggi buat masa ini ialah India sebanyak 10.42 jam; Thailand (9.24 jam); China (8 jam); Filipina (7.36 jam) dan Mesir (7.3 jam).

“Kita perlu melihat perkara itu sebagai satu cabaran kepada kita.

“Reformasi industri buku ialah tanggungjawab bersama antara kerajaan dan pemain industri,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI