fbpx

Vape, cecair vape dikenakan duti eksais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Peranti rokok elektronik, peranti rokok bukan elektronik dan cecair atau gel rokok elektronik termasuk cecair vape tanpa nikotin akan dikenakan duti eksais berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Pelaksanaan pengenaan duti eksais ke atas peranti rokok elektronik dan peranti bukan elektronik masing-masing di bawah kod tarif 8543.70.9010 dan 9614.00.9010 pada kadar 10 peratus ad valorem.

Cecair atau gel rokok elektronik dan cecair vape tidak bernikotin pula di bawah kod tarif 3824.99.9920 pada kadar RM0.40 per mililiter.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, duti eksais akan dikenakan ke atas barangan itu semasa pengimportan dan pelepasan daripada pengilang tempatan.

Beliau berkata, pengilang tempatan perlu dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 dengan bayaran lesen
sebanyak RM4,800 setahun.

“Bayaran lesen gudang di bawah Seksyen 25 Akta Eksais 1976 pula sebanyak RM2,400 setahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI