fbpx

Agong zahir takziah kepada petugas PKD Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan takziah atas kehilangan dua petugas PKD Pekan yang dimuatnaik Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan yang maut kemalangan semalam.

Turut sama menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua begitu menghargai khidmat bakti kedua petugas itu selain menyifatkan pemergian mereka sebagai kehilangan besar kepada PKD Pekan dan Kementerian Kesihatan.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah Julayha Kudus dan Allahyarham Mohd. Zuhairi Abdullah dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para solihin,” katanya di sini tadi.

Dalam kejadian membabitkan tiga kenderaan kira-kira pukul 10.30 pagi semalam di Kilometer 32 Jalan Kuantan-Nenasi-Rompin, kedua-dua mangsa masing-masing merupakan jururawat dan pemandu maut di tempat kejadian.

Kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghantar Pasukan Bergerak Orang Asli PKD Pekan ke perkampungan Orang Asli untuk melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan secara berkala. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN