fbpx
Muhammad Syafiq memangku jenazah anaknya, Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai, Kampung Padang Pusing, Pendang malam tadi.

‘Syafiq tak ngantuk, cuba elak objek’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – “Dia tidak mengantuk, sebaliknya cuba me­ngelak sesuatu di tengah jalan, tetapi saya tidak pasti apakah objek itu.”

Itu kata Ahmad Ibrahim, 56, bapa kepada pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam kemalangan selepas kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dipandunya terbabas di Ki­lometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini awal pagi semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 4 pagi itu, tiga dilaporkan terbunuh iaitu bayi lelaki Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mertuanya, Zainan Wahab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Kenderaan Toyota Vellfire dipandu Muhammad Syafiq terbalik dalam kemalangan di Kilometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal semalam.

Muhammad Syafiq, 25, yang juga penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dan anak pe­rempuannya, Aaira Nur Saffiyya berusia 2 tahun hanya cedera ringan.

Isterinya yang sedang berpantang, Nur Amalina Norain, 25, pula cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya di sini.

Ahmad memberitahu, Muhammad Syafiq yang juga anak sulungnya memaklumkan bahawa dia cuba mengelak daripada melanggar sesuatu yang tidak dikenal pasti berada di atas jalan.

Muhammad Syafiq ditenangkan ibunya semasa menatap jenazah bayi dan ibu mentuanya buat kali terakhir di Pendang semalam.

“Saya tidak tahu mengenai kepulangan Syafiq ke rumah mertuanya sehingga menerima panggilan telefon berhubung kemalangan itu kira-kira pukul 4.10 pagi.

“Ketika menerima panggilan, saya keliru kerana ketiga-tiga anak (yang tinggal bersamanya di Bayan Lepas dekat sini) ada di rumah ketika itu.

“Saya sangat terkejut apabila diberitahu Syafiq yang sebenarnya ditimpa kemalangan ke­rana saya tidak tahu dia seke­luarga dalam perjalanan pulang ke Pendang, Kedah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini semalam.

Muhammad Syafiq menguruskan jenazah bayinya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai, Kampung Padang Pusing, Pendang malam tadi.
Utusan/Shahir Noordin

Ketika kejadian Muhammad Syafiq bersama keluarganya dalam perjalanan dari Johor untuk pulang ke kampung Nur Amalina di Pendang.

Menurut Ahmad, kebiasaan Muhammad Syafiq akan pulang kampung menaiki pesawat, namun kali ini mungkin anaknya memandu sendiri kereta kerana isterinya sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua.

Gambar Muhammad Syafiq, isteri dan anak pertama mereka.

Katanya, dia sedih kerana tidak sempat bertemu cucu lelaki yang baru dilahirkan itu.-K! ONLINE

Artikel berkaitan : Bapa Muhammad Syafiq belum tengok cucu 

Artikel berkaitan : JDT ucap takziah kepada Syafiq