fbpx

GST bukan pilihan terkini kerajaan pulih ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd. Shahar Abdullah menegaskan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan pilihan terkini kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara.

Menurut beliau, disebabkan itu Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan pada 6 November lalu memberi lebih tumpuan kepada langkah-langkah memperkuatkan penguatkuasaan bagi mengurangkan ketirisan hasil negara.

“Kementerian Kewangan mengkaji pelbagai elemen kerana di saat dan di kala ini kita memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu menjaga kesihatan rakyat, menjaga kelangsungan ekonomi dan memastikan ketahanan ekonomi.

“Bagaimanapun pelaksanaan semula GST bukan pilihan terkini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) sama ada kerajaan bercadang memperkenalkan semula GST selepas penurunan penarafan kredit Malaysia oleh Fitch Ratings kepada ‘BBB+’. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI