fbpx
Pelancaran telefon pintar dan peranti hebat realme menjadikan realme pilihan kedua rakyat Malaysia menjelang suku ketiga tahun ini. - FOTO realme

realme pilihan kedua rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PANDEMIK Covid-19 ternyata memberi kesan kepada industri telefon pintar dunia.

Berdasarkan data servis Counterpoint Market Monitor, walaupun penghantaran telefon pintar di peringkat global meningkat sebanyak 32 peratus menjelang suku ketiga tahun ini, pengeluarannya merudum sebanyak empat peratus dari tahun lalu kepada sekitar 380 juta unit.

Jenama realme, antara lima jenama paling popular di Asia Tenggara. – FOTO realme

Namun begitu, realme menunjukkan data sebaliknya apabila mencatat pertumbuhan 45 peratus Year-over-Year (YoY) dengan lonjakan suku tahun ketiga sebanyak 132 peratus di peringkat global.

realme berjaya menjadi jenama kedua pilihan pengguna di Malaysia dengan mencatatkan pertumbuhan QoQ sebanyak 50 peratus.- FOTO Counterpoint

Mengulas mengenai pertumbuhan realme pada suku tahun ketiga, Penyelidik Analisis Counterpoint, Flora Tang menjelaskan, realme didatangkan dengan ciri premium seperti kamera, chipset dengan kemampuan AI, jangka hayat bateri yang panjang dan reka bentuk bergaya yang mendapat reaksi positif dalam kalangan pengguna termasuk di Malaysia, yang menyaksikan realme menjadi pilihan kedua rakyat Malaysia.

Secara kumulatif realme berjaya mengeluarkan 50 juta telefon pintar menjelang suku tahun ketiga 2020. Ini menjadikannya jenama terpantas di dunia berjaya mencapai angka ini, mengatasi jenama terkemuka yang lain.

Dilancarkan pada Ogos 2018, jenama realme memberi fokus terhadap golongan muda sebagai pengguna utama dengan membawakan teknologi terkini dan ciri canggih telefon pintar mampu milik.

Pengarah Urusan Google Malaysia, Marc Woo.

Menurut Pengarah Urusan Google Malaysia Marc Woo, dalam laporan e-ekonomi 2020 yang dilaksanakan oleh Google, Bain dan Temasek, satu  daripada tiga pengguna perkhidmatan digital adalah pengguna baru kesan daripada pandemik.

“Kami menjangkakan ekonomi internet Malaysia akan berkembang tiga kali ganda sehingga RM30 bilion menjelang tahun 2025. Peranti mudah alih akan memainkan peranan penting menggerakkan ekonomi.

“Saya gembira melihat realme Malaysia terus menjadi pembekal penting dalam ekosistem ini, dengan melancarkan produk menarik melalui saluran YouTube mereka. Bulan September dan Oktober menyaksikan telefon bimbit realme menjadi salah satu daripada 10 carian sohor kini tertinggi,” katanya.

Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Sherry Tan (kiri) dan Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho (kanan).

Bagi Lazada, sebagai salah sebuah platform e-dagang, mereka bangga menyaksikan bagaimana realme mengembangkan pasaran digital di Lazada Malaysia dan menjadi salah satu jenama LazMall yang berkembang pesat tahun ini bagi kategori telefon pintar dan tablet.

Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia Sherry Tan berharap realme dapat terus berkembang bersama Lazada pada masa hadapan.

Pertumbuhan ini turut menjadikan realme berjaya menjadi antara lima jenama yang menguasai pasaran Asia Tenggara termasuklah di Malaysia, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Di Eropah pula jenama ini terus berkembang dan berjaya memasuki lima jenama teratas di pasaran Russia.

Satu lagi syarikat e-dagang popular di Malaysia, Shopee menyampaikan ucapan tahniah di atas pencapaian terbaru realme, mereka bangga diberi penghormatan menjadi rakan e-dagang pilihan yang dipercayai.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho juga berkata, daripada telefon pintar hingga gajet tangan, serta produk kesihatan dan barangan gaya hidup, pelbagai produk realme diminati rakyat Malaysia yang membeli-belah di Shopee.

Ini menjadikan realme sebagai peranti dan gajet paling laris di platform Shopee.

Dalam pada itu, realme mengumumkan akan melancarkan produk terbarunya, realme 7 5G ke pasaran tidak lama lagi . Untuk maklumat lanjut mengenai produk yang ditawarkan layari, https://www.realme.com/my/.