fbpx

Jisoo Blackpink dikatakan jelmaan Dara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JISOO

BARU-BARU ini anggota kumpulan K-pop terkenal Blackpink, Jisoo ada memuat naik foto memakai beg sandang dalam Instagramnya.

Menerusi foto dengan kapsyen bertulis, “ini adalah Jisoo hari ini’, kemunculan wanita berusia 25 tahun itu sangat menarik perhatian netizen.

Sepintas lalu, rata-rata peminat yang melihat foto Jisoo dengan gaya sedang mencangkung sambil memakai beg dilengkapi patung arnab itu menyamakan dirinya seperti Dara.

Menguatkan sangkaan, Dara atau nama sebenarnya Sandara Park, 36, sebelum ini sememangnya sinonim dengan penampilan yang suka memakai beg sandang berhias patung arnab.

Peminat Jisoo turut memuji penampilan Jisoo. Dia disifatkan memiliki kecantikan dan keunikan tersendiri.

Difahamkan, Jisoo kini sibuk menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Snowdrop bersama aktor Jung Hae-in.

Ketika ini, drama sentuhan pengarah terkenal, Cho Hyun-tak itu dikatakan menjadi drama yang sedang dinanti-nantikan peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI