fbpx

Dua anggota keselamatan hilang ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aidi.

MIRI – Dua anggota keselamatan yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemui mati di Sungai Layun petang tadi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai Sarjan Simon Laja dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Sarjan Kemiang dari Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian berlaku semasa pasukan yang terdiri daripada tujuh anggota PGA dan seorang petugas SSGP sedang menjalankan rondaan di hulu Baram.

“Pasukan tersebut sedang berehat di tebing Sungai Long Karangan apabila kejadian kepala air berlaku dan dua mangsa telah dihanyutkan oleh arus deras sekitar pukul 6.40 petang.

“Usaha mencari dibuat sejak pukul 8 malam sehingga mangsa dijumpai di kawasan Sungai Layun kira-kira pada pukul 3 petang hari ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Katanya lagi, mangsa dibawa ke klinik Long Lama sebelum dihantar ke Hospital Miri.

“Mereka dipercayai lemas, tetapi kena tunggu hasil bedah siasat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI