fbpx

13 PATI sedang bersembunyi dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pendatang asing tanpa izin warga Indonesia yang ditahan menerusi Ops Benteng di Kuari Baru, Pantai Kampung Tanjung Che Lahom, Pengerang, Johor awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Tindakan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di Kuari Baru, Pantai Kampung Tanjung Che Lahom, Pengerang, Johor selepas menyeludup masuk ke negara ini hanyalah sia-sia selepas mereka ditahan menerusi Ops Benteng awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) menerusi satu kenyataan berkata, kesemua PATI berkenaan ditahan selepas dikesan menghampiri kawasan persisiran pantai dari Tanjung Penyusop hingga ke Kampung Simon, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor.

“Susulan maklumat yang diperolehi, pasukan telah mengatur gerak Tim Quick Reaction Force (QRF) bersama Tim Drone dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) bersama Pegawai Perhubungan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mengepung kawasan berkenaan.

“Satu serbuan kemudiannya telah dibuat di Kuari Baru, Pantai Kampung Tanjung Che Lahom kira-kira pukul 1.40 pagi dan berjaya menahan seramai 13 PATI warga Indonesia yang sedang bersembunyi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita berusia 21 hingga 47 tahun dan dipercayai baru masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas mereka kemudiannya menemui wang tunai dari pelbagai negara berjumlah RM34,619,99; 15 buah telefon bimbit; jam tangan dan barangan kemas yang kemudiannya dirampas.

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan serta saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan laporan polis berhubung kejadian telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai,” jelas kenyataan itu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI