fbpx

Penyelidik MMU bangunkan COV_CTX analisis kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat daripada 11 penyelidik MMU, (dari kiri) Sharifah Noor Masidayu, Dr. Nor Azlina, Md Armanur dan Chy Mohammed Tawsif Khan bersama COV_CTX dihasilkan mereka.

CYBERJAYA – Sekumpulan 11 penyelidik dari Universiti Multimedia (MMU) membangunkan ‘senjata’ tambahan dalam memerangi pandemik menerusi penciptaan COV_CTX: CT-Scan paru-paru dan kecerdasan buatan (Ai) x-ray yang membolehkan analisis kes Covid-19.

Penyelidik tersebut diketuai oleh Dr. Nor Azlina Ab Aziz serta pensyarah daripada pelbagai fakulti iaitu Dr. Nor Hidayati Abdul Aziz, Prof. Madya Dr. Kamarulzaman Ab. Aziz, Siti Zainab Ibrahim, Dr. Md Jakir Hossen, Syabeela Syahali, Norhidayah Mohamad dan Muharniza Azinita Musa.

Tiga lagi penyelidik terdiri daripada pelajar postgraduate MMU iaitu Md. Armanur Rahman, Chy Mohammed Tawsif Khan dan Sharifah Noor Masidayu Sayed Ismail.

Menurut kenyataan akhbar MMU, sistem COV_CTX yang menggunakan Ai adalah untuk menganalisis imej paru-paru x-ray dan imbasan CT-Scan bagi tanda jangkitan Covid-19.

“Imej paru-paru tersebut yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai alat alternatif untuk diagnostik dan pengurusan klinikal bagi pesakit Covid-19 di bawah beberapa kriteria.

“Selain itu, sistem ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri pengurusan pesakit khususnya, ia mempunyai fungsi diagnostik utama menggunakan imej paru-paru serta pengurusan rekod pesakit,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, ia juga mempunyai ciri-ciri penjejakan lokasi untuk memantau keberadaan pesakit selain pemantauan kesihatan melalui penilaian kendiri pesakit.

“COV_CTX ini dibangunkan sebagai aplikasi mudah alih berasaskan web dan Android serta disasarkan untuk digunakan pengamal perubatan dan pihak berkuasa kesihatan serta pesakit.

“Sistem ini juga menjana analisis yang mendalam terhadap X-ray dan imej imbasan dada pesakit gejala tanpa memerlukan bantuan manusia dengan kadar ketepatan 97 peratus,” katanya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI