fbpx

99,969 hilang pekerjaan disebabkan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menunjukkan seramai 99,969 individu hilang pekerjaan dari Januari sehingga 22 November lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, terdapat tujuh faktor dikenal pasti berkait dengan kehilangan pekerjaan tersebut.

Menurut beliau, antara sebab adalah penutupan syarikat, pengecilan tenaga kerja, , Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan Persetujuan Bersama (MSS).

Sebab lain syarikat mengalami masalah kewangan kritikal, penutupan separa, pengambilalihan syarikat dan penempatan semula syarikat.

“Faktor-faktor ioni disebabkan oleh tekanan yang dialami oleh semua industri secara global disebabkan pandemik Covid-19 yang di luar kawalan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI