fbpx

Minta dijauhkan dari gangguan ‘syaitan’, Puteri Sarah sambut hari lahir sendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah dan Shamsul bersama dua orang cahaya matanya.

PETALING JAYA – Semalam, 1 Disember merupakan hari lahir pelakon yang juga isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah.

Menerusi satu hantaran video dalam Instagram, Puteri Sarah dilihat hanya menyambut hari lahirnya yang ke-35 tahun tanpa kelibat suami di sisi di sebuah hotel terkemuka tanah air.

Tangkap layar video yang memaparkan Puteri Sarah menyambut hari lahirnya tanpa suami di sisi semalam.

“Doakan kesejahteraan keluarga Sarah, keluarga bahagia dunia akhirat dan rumah tangga Sarah berkekalan hingga ke jannah.

“Semoga 2021 Sarah dan famili bertambah baik dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak elok. Mohon dijauhkan daripada gangguan jin dan ‘syaitan’,” tulis Puteri Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Sebelum ini, Puteri Sarah pernah memuat naik status Instagram mengatakan rumah tangganya memang ada banyak syaitan tanpa memperincikan apa sebenarnya yang dimaksudkan.

Dalam video sambutan hari lahirnya, Puteri Sarah yang mula dikenali menerusi drama Dunia Anita dilihat hanya bersama dua anaknya, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Terdahulu, status rumah tangga Syamsul dengan isteri yang juga seorang pelakon, Puteri Sarah, kini menjadi tanda tanya selepas timbul dakwaan wanita itu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak 18 September lalu.

Syamsul juga pernah mendedahkan kepada media bahawa dia dan isteri kini tidak lagi tinggal sebumbung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI