fbpx

Isteri merajuk, Shuk hadiahkan iPhone 12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuk menghadiahkan sebuah telefon pintar selepas mendakwa suri hatinya merajuk.

PETALING JAYA – Pengacara dan juga penyampai radio, Shuk Sahar membuat kejutan istimewa buat isterinya dengan menghadiahkan sebuah telefon pintar selepas mendakwa suri hatinya merajuk.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagram, Shuk memberitahu bahawa isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau mesra disapa Sera telah merajuk dek kesibukan Shuk dengan kerja sehingga tidak sempat meluangkan masa bersama dengannya.

“Baru-baru ini isteri saya @rossa.sera agak merajuk dekat saya. Sebab saya tidak ada masa untuk dia. Kadang-kadang balik rumah cuma berlaga bahu sahaja tidak sempat nak borak-borak.

“Balik rumah kadang-kadang terus letakkan kepala dekat bantal. Jadi dia agak monyok sikit sejak kebelakangan ini. Jadi saya sebagai suami yang baik dan budiman, saya beri dia kejutan yang tidak disangka-sangka,” katanya.

Ujar Shuk lagi, memiliki sebuah telefon jenis iPhone 12 merupakan salah hasrat yang telah lama diidamkan isterinya.

“Sebenarnya isteri saya teringin sangat nak pakai iPhone. Jadi saya tunaikan impian dia untuk guna telefon iPhone 12,” kata penyampai Geng Pagi Hot itu.

Selepas dikejutkan dengn hadiah penuh bermakna tersebut, jelas terpancar keceriaan di wajah Sera yang sebelum ini muram kerana merajuk dengan suaminya.

Untuk rekod, Shuk dan Sera telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN