fbpx

BTS setaraf The Beatles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS

KUMPULAN popular BTS memecah rekod tersendiri apabila menduduki tangga tertinggi carta Billboard 200 menerusi album mini terbaharu mereka berjudul BE.

Selepas dilancarkan secara rasmi pada 20 November lalu, album berkenaan terjual sebanyak lebih 240,000 unit dalam masa seminggu.

Malah lagu Inggeris perdana BTS berjudul Dynamite yang terkandung dalam album BE masih kekal berada dalam carta Billboard Hot 100 di tangga ke-14 sehingga kini.

Ini bukan kali pertama kumpulan dianggotai tujuh jejaka kacak itu mencatat rekod berkenaan.

BE menjadi album kelima mereka menduduki carta Billboard selepas Love Yourself: Tear, Love Yourself: Answer, Map of The Soul: Persona dan Map of The Soul: 7.

Menariknya, BTS hanya mengambil masa dua tahun enam bulan untuk menjadi artis K-pop pertama yang mencatat rekod tersebut.

Sebelum ini, hanya kumpulan popular The Beatles yang berjaya mencatat sejarah sebegitu.

Tahun ini juga, sebuah lagi album BTS berjudul Map Of The Soul: 7 turut menduduki carta Billboard Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI