fbpx

Bekas pengarah operasi didakwa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin Peng, 41, keluar dari Mahkamah Sesyen di sini har ini.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah operasi perniagaan yang sebelum ini didakwa atas 21 pertuduhan rasuah, didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan sama bagi beberapa projek pembekalan perkhidmatan sokongan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi.

Bagaimanapun tertuduh Kok Chin Peng, 41, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Manira Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan pertama, Chin Peng didakwa meminta suapan 10 peratus bagi pembekalan perkhidmatan Pengurusan Bantuan Pelanggan dan 20 peratus bagi pembekalan perkhidmatan MIFE Billing Managed Services pada setiap bulan daripada seorang lelaki berusia 38 tahun.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta rasuah 24 peratus daripada tuntutan setiap bulan untuk Perkhidmatan Pengurusan Bantuan Pelanggan, MIFE Billing Managed Services dan Onboarding Managed Services serta 19 peratus untuk projek software enhancement daripada lelaki yang sama.

Rasuah itu sebagai dorongan untuk membantu Syarikat Skytree Sdn. Bhd. bagi mendapatkan kerja pembekalan perkhidmatan pelanggan di syarikat telekomunikasi.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini,
antara Ogos 2017 dan September 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM50,000 seperti di Mahkamah Sesyen Shah Alam memandangkan sebelum ini tertuduh telah dituduh di sana.

“Tarikh 16 Disember ini ditetapkan bagi sebutan semula kes di Shah Alam,” kata Wan Shaharuddin.

Dalam prosiding itu, permohonan itu tidak dibantah peguam Mohd. Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan yang mewakili tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan mengguna pakai jaminan serta syarat tambahan sama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI