fbpx

Nizaf Mover mahu perluas cawangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kici (kiri) bersama Ketua Pegawai Operasi Nizaf Mover, Khaizan Fitri Hussin di hadapan pejabatnya di Kajang baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Sektor e-dagang merupakan salah satu cabang perniagaan yang mendapat manfaat daripada pandemik Covid-19 dan menjadi pilihan masyarakat untuk ber­belanja menerusi platform online.

Peluang keemasan itu membuka peluang baharu bagi Nizaf Mover & Logistics Sdn. Bhd. (Nizaf Mover), syarikat bumiputera yang tangkas memanfaatkan situasi tersebut bagi meluaskan operasi serta penawarannya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kici Kasri berkata, trend semasa mendorong pihaknya memperkenalkan perkhidmatan kurier pada Julai lalu, menerusi pakatan kerjasama dengan rakan niaga.

Jelasnya, tidak hanya menyediakan servis penghantaran, Nizaf Mover menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk perniagaan e-dagang yang bermula daripada pengambilan stok, penyimpanan dan menghantar barangan ke pintu rumah pelanggan.

“Secara ringkasnya, peniaga hanya perlu melaksanakan kerja pemasaran dan bagi tugasan seperti pengurusan stok, pembungkusan dan penghantaran semuanya boleh dilaksanakan pihak kami.

“Selain menyasarkan dropship, stokis dan ejen, sasaran pelanggan kami termasuk usahawan yang menghasilkan produk mereka sendiri seperti kerepek dan biskut raya,” katanya kepada pemberita di ibu pejabatnya di Kajang baru-baru ini.

Perniagaan teras Nizaf Mover adalah servis pemindahan rumah dan pejabat, dengan majo­riti pelanggannya adalah daripada sektor kerajaan.

Katanya, akibat pandemik, banyak syarikat melaksanakan langkah penjimatan kos yang melibatkan pemindahan pejabat ke bangunan lebih kecil atau ke kawasan yang memberikan kadar sewa lebih rendah, jadi permintaan perkhidmatan untuk berpindah sentiasa ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI