fbpx

Banjir termenung buat penduduk bingung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah rumah di Kampung Babong, Pulau Melaka, Kota Bharu yan terjejas akibat banjir termenung.

KOTA BHARU – Lebih 1,000 penduduk dari tiga buah kampung di sini hanya mampu termenung kebingungan melihat rumah mereka masih digenangi air banjir yang tidak surut meskipun cuaca bertambah baik.

Fenomena digelar banjir termenung itu melanda Kampung Hujung Tanjung, Kampung Pulau Melaka dan Kampung Babong berikutan kawasan tersebut tidak mempunyai sistem saliran yang baik.

Seorang penduduk, Tengku Mohd. Amir Raja Ali, 31, berkata, selepas hujan lebat, jalan utama masuk ke kampung ditenggelami air sehingga sedalam 0.5 meter selama berhari-hari lamanya sejak enam tahun lalu.

Katanya, keadaan itu menyukarkan pergerakan keluar masuk penduduk untuk menjalankan aktiviti harian termasuk ke tempat kerja.

“Kami terpaksa meredah air apabila hendak keluar membeli barang keperluan. Lebih memeritkan apabila hujan lebat turun berhari-hari kerana paras air banjir termenung juga pasti akan bertambah tinggi.

“Kadang kala kami terpaksa menggunakan perahu kerana paras air banjir termenung naik sehingga ke paras satu meter,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Tengku Mohd. Amir berkata, selain kotor dan berisiko menjejaskan kesihatan, banjir termenung itu juga berbahaya kepada penduduk terutama kepada kanak-kanak yang sering bermain air banjir.

“Kita bimbang ada binatang berbisa dan barang terbuang seperti serpihan kaca,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Pulau Belanga, Wan Zaidi Wan Jusoh berkata, pihak berwajib sedang berusaha menyediakan sistem perparitan lebih baik bagi menyelesaikan masalah di tiga kampung terbabit.

“Dalam masa terdekat ini, kita akan membina saliran sepanjang 150 meter untuk alirkan air banjir termenung ke sungai berdekatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI