fbpx

Kes sembuh lebih tinggi daripada kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,212 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negara sebanyak 65,697 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, sebanyak 2,112 kes sembuh direkodkan sekali gus melebihi kes harian dan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 54,759 kes.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak sembilan kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

“Terdapat tiga pertambahan kes kematian iaitu melibatkan tiga lelaki di Kedah, Sabah dan Labuan menjadikan sebanyak 360 kes kematian terkini dilaporkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 113 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI