fbpx

Ebit Lew sumbang 200kg daging segar untuk Zoo Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EBIT meluangkan masa memberi makan panda di Zoo Negara selepas memberikan sumbangan 200kg daging segar.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew sekali lagi memberikan sumbangan kepada Zoo Negara selepas mendapat permintaan dari zoo tersebut.

Kali ini, beliau membawakan 200 kilogram daging segar untuk haiwan-haiwan di Zoo Negara.

Ebit turut meluangkan masa memberi makan buluh kepada dua panda yang ada di situ.

“Bila kita hulur buluh pada panda. Dia tarik kuat betul. Panda suka buluh dan pilih daun-daun sedap dan lipat tebal-tebal makan.

“Tak sabar nanti zoo buka saya nak bawa anak-anak ke sana. Sudah lama tak bawa anak berjalan-jalan. Kasihan duduk rumah sahaja. Doakan ya buat zoo negara,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI