fbpx

50 mangsa tertekan tanggung bil ribuan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Yusrizal (duduk) bersama mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian di pejabat Cake hari ini.

ALOR SETAR – Seramai 50 mangsa mendakwa maklumat peribadi mereka disalah guna jurujual kedai syarikat telekomunikasi (telco) bagi mendaftarkan akaun talian lain sehingga menyebabkan mereka menanggung tunggakan bil berjumlah RM547, 436.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff memberitahu, kesemua mangsa berusia lingkungan 20-an hingga 30-an dikatakan mendaftar talian telefon di kedai telco di sebuah pasar raya di sini.

“Mangsa mendakwa jurujual itu menyalahgunakan cap jari mereka untuk mendaftarkan lebih daripada satu talian.

“Mereka terkejut apabila ada talian didaftarkan mengikut pakej seperti telefon bimbit dan jam pintar, sedangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara itu,” katanya di pejabatnya di sini hari ini.

Kata beliau, rata-rata mangsa hanya menyedari perkara itu selepas menerima surat daripada peguam mewakili telco mengenai tunggakan bil yang telah mencecah puluhan ribu ringgit.

“Mangsa bertindak ke kedai itu semula, bagaimanapun jurujual di situ menyatakan bahawa surat itu adalah ‘scam’ tetapi apabila diperiksa, nama mereka telah disenarai hitam,” ujarnya.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Mohd. Amar, 30, berkata, dia terkejut apabila menerima bil sebanyak RM16,000 pada bulan lalu.

Katanya, dia menggunakan talian telefon dari sebuah syarikat telco pada 2018 dan mahu untuk mengemaskini akaun selain turut ditawarkan telefon bimbit baharu.

“Sebelum itu saya diminta cap jari terlebih dahulu oleh wakil penjual itu di sebuah pasar raya di Mergong Alor Setar pada Februari lalu.

“Kemudian pada Oktober lalu saya mula sedar dan terkejut apabila menerima bil sebanyak RM16,000 kerana sebelum itu hanya menerima bil sebanyak RM100 sahaja,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI