fbpx

Projek CSR,KBKK dijangka siap 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika hadir pada sidang akhbar di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini

KOTA BHARU – Projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dijangka akan siap sepenuhnya pada 2025.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, projek CSR itu itu melibatkan laluan dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan sejauh 295.7 kilometer (km)

Menurutnya, KBKK pula dibina sejauh 67.6km dan jumlah keseluruhan kos yang telah diluluskan adalah sebanyak RM9.5 bilion.

“Bagi CSR di negeri ini, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM821 juta menerusi lima pakej projek pada tahun depan.

“Daripada jumlah itu, ia terbahagi untuk tiga projek iaitu sebanyak RM270 juta kepada CSR di Kelantan, RM380 juta CSR di Pahang dan RM165 juta untuk KBKK,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan Dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd.Nor dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hanifa Ahmad.

Mengulas lanjut, menurut Mustapa, beliau berharap apabila projek CSR dan KBKK mampu mengurangkan masalah kesesakan ketika waktu puncak, hujung minggu dan musim perayaan.

Katanya, selain itu, pembinaan kedua-dua lebuh raya itu juga akan membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI