fbpx

28,008 kg daging kerbau India dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daging kerbau sejuk beku dari India tidak mempunyai permit import yang dirampas Maqis Selangor.

KLANG – Cubaan menyeludup masuk 28,008 kilogram (kg) daging kerbau sejuk beku dari India gagal selepas dirampas di Pelabuhan Klang Barat, Jumaat lalu.

Rampasan dilakukan pukul 11 pagi terhadap sebuah kontena hasil pemeriksaan rutin Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Pengarah Maqis Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, siasatan mendapati kontena tersebut telah dibawa masuk ke negara ini sejak 2 November lalu.

“Pemeriksaan kontena mendapati daging kerbau sejuk beku itu tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.

“Nilai keseluruhan 28,008 kg daging kerbau dianggarkan bernilai RM270,980.67,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI