fbpx

Maradona disemadi berhampiran pusara ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASAD Maradona disemadikan di tanah perkuburan Jardin Bella Vista yang turut menempatkan kubur kedua-dua ibu bapanya. – AFP

BUENOS AIRES – Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona selamat dikebumikan di tanah perkuburuan Jardin Bella Vista selepas tempoh penghormatan terhadap jasadnya di kediaman rasmi presiden, Casa Rosada ber­akhir.

Difahamkan, tanah perkuburuan Jardin Bella Vista yang terletak di pinggir bandar raya Buenos Aires menjadi pilihan keluarga bekas pemain pasukan Napoli itu memandangkan ayah dan ibu kandungnya turut di­semadikan di sana.

Hanya keluarga dan sahabat terdekat Maradona diberi kebenaran untuk memberi penghormatan terakhir bagi menyaksikan proses pengebumian itu dilakukan awal pagi semalam.

Terdahulu, puluhan ribu rak­yat Argentina hadir membanjiri Casa Rosada yang mana jenazah Maradona ditempatkan selama sehari selepas kematiannya di­sahkan secara rasmi kelmarin.

Malah, terdapat juga rusuhan rakyat tempatan dengan pihak berkuasa selepas tidak membenarkan sebilangan besar mereka untuk memasuki perkarangan Casa Rosada kerana kesesakan melampau.

Presiden Argentina, Alberto Fernandez yang telah mengesahkan tiga hari berkabung buat seluruh rakyatnya turut mengambil kesempatan memberi penghormatan terakhir buat Maradona yang meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Sebagai rekod, Maradona dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman kerana telah membantu negaranya menjulang trofi Piala Dunia 1986 di Mexico, selain membantu Napoli mengecapi banyak kejayaan. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI