fbpx

Lelaki maki polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu lori yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis bantuan membawa padah apabila ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, ketika kejadian kelmarin, anggota polis bantuan tersebut yang sedang bertugas di Uptown Kota Damansara didatangi dua orang lelaki menaiki lori untuk menurunkan muatan tong gas.

“Bagaimanapun mereka telah ditegur dan dihalang untuk memasuki lalun tersebut kerana telah ditutup bagi tujuan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pemandu lori itu kemudian mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada anggota itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ezanee berkata, bertindak atas maklumat, polis telah menahan suspek berusia 39 tahun kira-kira pukul 2.30 petang pada keesokan harinya di Seksyen 8, Petaling Jaya.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mengaku terlibat dalam kes yang dilaporkan dan semakan rekod lampau pula mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

“Suspek ditahan rehan selama tiga hari dan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI