fbpx

Foden akui sedia galas tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN meledak gol tunggal perlawanan ketika City berjaya menundukkan Olympiakos pada aksi Liga Juara-Juara kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pemain te­ngah Manchester City, Phil Foden sedia untuk terus menggalas tugas menjaringkan gol menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Burnley di Stadium Etihad malam ini.

The Citizens gagal menampilkan aksi sebenar pada sai­ngan Liga Perdana musim ini apabila sekadar mencatat tiga kemenangan dalam lapan perlawanan selain hanya menjaringkan 10 gol.

Meskipun mencipta ba­nyak peluang, namun ia gagal di­terjemah kepada jaringan memandangkan duo serangan, Sergio Aguero dan Gabriel Jesus belum cergas sepenuh­nya.

“Saya tahu kami tidak jaringkan banyak gol musim ini, jadi ia sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh semua pemain. Kami banyak cipta peluang, namun gagal untuk manfaatkannya.

“Sudah tentu saya gembira apabila dapat jaringkan gol untuk pasukan. Saya bermain di bahagian serangan, oleh itu saya perlu jaringkan gol ataupun ­melakukan umpanan kepada rakan sepasukan,” tegas Foden.

Pada aksi Liga Juara-Juara menentang Olympiakos kelmarin, pemain antarabangsa England itu menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memberikan kemenangan dan memastikan City layak ke pusingan 16 pasukan terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI