fbpx

Malaysia ketinggalan jika tidak mulakan langkah dapatkan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Malaysia mungkin akan ketinggalan sekiranya tidak memulakan langkah pre aktif dan proaktif dalam mendapatkan vaksin Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, justeru, usaha yang dilaksanakan termasuk perbincangan awal setiap negara selain menandatangani perjanjian pembelian berhubung vaksin adalah konsep keseluruhan diguna pakai supaya negara tidak ketinggalan.

“Sebagai contoh apabila vaksin sudah didaftarkan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), mungkin permintaan vaksin itu meningkat.

“Jadi kita mungkin ketinggalan kalau tidak memulakan langkah pre aktif dan proaktif daripada segi mendapatkan vaksin itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sewaktu gelombang kedua pandemik Covid-19 dan seterusnya peningkatan kes positif, banyak negara membuat perolehan terhadap alat pelindung diri (PPE) daripada pengeluar.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain Covax, Malaysia juga menandatangani perjanjian dengan Pfizer bagi memperolehi bekalan vaksin.

Menerusi sidang akhbar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik berkata, vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia manakala warga asing akan dikenakan caj yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Beliau dilaporkan berkata, pada masa sama, kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan vaksin itu dan ia hanya akan diberikan kepada mereka yang bersetuju untuk mengambilnya secara sukarela terutama golongan berisiko dan mudah menghidapi penyakit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI