fbpx

Lexus LC500 Convertible kini di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lexus LC500 Convertible dijual pada harga RM1,350,000.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

KUALA LUMPUR – Lexus Malaysia telah melancarkan model LC500 Convertible dengan menawarkan harga RM1.35 juta atas jalan tidak termasuk insurans.

Menurut Presiden Lexus Malaysia, Ravindran K. ketibaan Lexus LC 500 Convertible di negara ini menjadi penanda kepada era baru bagi kenderaan prestasi dengan binaan bumbung boleh dibuka untuk pasaran tempatan.

Katanya, sebagai sebuah kereta dengan bumbung boleh buka, model ini datang dengan ciri keselamatan khusus untuk keperluan itu seperti palang olengan aktif yang direka untuk dilanjutkan ke atas sekiranya kenderaan dikesan akan terbalik, sebagai satu langkah sokongan.

“Akan tetapi, sekiranya berada di dalam situasi yang tidak memerlukan, ia akan disorok dengan kemas daripada pandangan.

“Ketibaan LC 500 Convertible baru ini menunjukkan kesungguhan Lexus Malaysia untuk memberikan yang terbaik dari sudut prestasi, kemewahan dan sisi eksklusif kepada mereka yang menginginkannya.

“Kereta mewah dengan prestasi luar biasa ini sangat menonjol dengan penampilan seksinya di atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Lexus LC 500 Convertible ini menggunakan enjin V8 dengan kapasiti 5.0 liter digandingkan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

Kombinasi itu menghasilkan kuasa maksimum 470 kuasa kuda dan 540Nm tork maksimum.

Pecutan dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) adalah dalam masa 4.9 saat dan kelajuan maksimum yang dicatatkan diatas kertas 270 km/j.

Ciri-ciri Dual Variable Valve Timing–Intelligent (DVVT-i) dan Artificial Intelligent Shift Control pada transmisi memberikan memberikan gabungan bacaan penggunaan bahan api 12.7 liter untuk perjalanan 100 kilometer (km) walaupun LC 500 Convertible merupakan kenderaan prestasi.

Model Lexus LC 500 Convertible itu hadir dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan dan servis percuma sepanjang tempoh itu atau bagi jarak 100,000 km yang pertama, selagi ia diselenggara juruteknik profesional Lexus di semua Pusat Lexus bertauliah.

Serahan pembelian terawal LC500 Convertible akan dilakukan pada awal Februari 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI