fbpx

Agong perkenan PGB kepada anggota PGA ditembak penyeludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan berkawal di pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam, Kedah. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) kepada Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terlibat dalam insiden tembakan dengan penyeludup pada Selasa lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selain itu, kedua-dua anggota tersebut iaitu Koperal Baharudin Ramli dan Koperal Norihan Tari juga dinaikkan pangkat kepada Sarjan.

“Sebagai mengenang jasa anggota terbabit, saya bagi pihak kerajaan menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda untuk menganugerahkan PGB kepada kedua-dua anggota terlibat.

“Tambahan daripada itu, Kementerian Dalam Negeri juga memperakukan supaya mendiang Baharudin untuk dinaikkan pangkat kepada sarjan secara posthumous dan anggota PGA yang cedera, Norihan dinaikkan pangkat secara medan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang meminta Kementerian Dalam Negeri memperincikan insiden serangan terhadap dua anggota PGA tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI